sinopsis : suami ekspres
Wednesday, 4 September 2013 @ 05:03 | 0 Comment [s]
SINOPSIS - SUAMI EKSPRES
''Hah,apa?! - ADRIANA FARIS AR RAYYAN - Pensyarah muda yang dididik dengan ilmu agama dan tarbiah yang hebat. Dididik supaya menghargai, melindungi dan meraikan wanita di sekelilingnya. Dia dilamar oleh sahabat abinya, Encik Nazri untuk menjadi suami kepada anak gadisnya sebelum lelaki itu berangkat ke Jepun. ADRIANA QISTINA- Seorang gadis yang ceria dan positif dengan hidupnya sendiri. Daripada gadis yang biasa , dia bertukar menjadi gadis yang luar biasa kesan bertemu dengan suami solehnya. Walaupun masih muda namun tingkah lakunya matang melebihi usianya. Mereka dijodohkan dengan pilihan keluarga. Baru bahagia dirasa , ujian sudah datang menyapa . Kejadian yang menimpa orang tua Adriana dan kemunculan Aqil merupakan tamparan hebat buat mereka. ''Adriana Qistina adalah tanggungjawab dan amanah Faris Ar Rayyan. Abang nak bawa Riana menuju ke syurga Allah. Biar cinta kita sama- sama mekar menuju cinta ilahi.'' -FARIS ''Cukuplah Riana punya suami soleh yang berusaha membawa cinta kita menuju cinta ilahi dan Riana akan berusaha sungguh-sungguh untuk menjadikan cinta kita cinta 'high class' di mata Pencipta.'' - ADRIANA Mampukah cinta mereka menuju cinta ilahi dan seterusnya menggapai syurga ilahi? Bagaimanakah Adriana dan Faris mengemudi bahtera rumah tangga mereka berpaksikan cinta kerana Allah? Mekarkah cinta mereka menuju cinta ilahi? |
sweet owner ♔ Let's Speak!
The Credits! |